Monday, March 16, 2009

Api dan dapur


Mungkin post ni tak berapa penting sangat, tapi rasanya mesti ada di antara kita yang tak tau pasal benda ni. Maksud aku warna api yang diperlukan pada masa mengukus. Apa yang kita sedia maklum bahawa api yang berwarna biru lebih panas dari yang berwarna kuning. Ini kerana api yang berwarna biru menunjukkan gas memasak (LPG) terbakar dengan sempurna. Sementara yang berwarna kuning, gas tidak terbakar secara keseluruhan dan ini menunjukkan berlakunya pembaziran gas. Pada masa mengukus pernah tak kita melihat warna yang dihasilkan oleh dapur kita? Adakah biru atau kuning?



Sekiranya kuning..sudah pastilah kita sedang membazirkan gas. Walaupun kita mengukus sehingga 10 jam pun belum tentu suhu di dalam tong mencukupi untuk membunuh bakteria.





Ada 2 penyebab mengapa keadaan ini berlaku. Pertama dapur kita tersumbat. Sekiranya tersumbat bolehlah diketuk bahagian bawah dapur tersebut. Seperti yang ditunjukkan oleh gambar sebelah. Dan hasilnya kita boleh lihat habuk karat yang keluar.



Sebab yang kedua pula ialah kekurangan gas oksigen semasa proses pembakaran. Jika kita perhatikan pada dapur 3 lapisan yang aku gunakan terdapat semacam ring (seperti yang ditunjukkan pada gambar) yang berfungsi untuk mengawal gas oksigen yang masuk ke dalam dapur. Jadi kita bolehlah adjustkan ring tersebut supaya api menjadi biru.



Sebagai langkah keselamatan pula, seelok-eloknya letaklah kepingan seramik atau atap di tepi tong terutamanya di bahagian dapur. Ini untuk mengelakkan api dari membakar tiub getah gas dan menghadang tiupan angin. Jadi utamakan keselamatan semasa mengukus.....

Monday, March 2, 2009

Perkembangan Yang tak Berkembang.

Nampaknya semua plan aku tak menjadi gara-gara pemerhentian keja yang sepatutnya berlaku pada 20.2.09 ditangguhkan. Bukannya plan aku aje yang terlibat tapi semua pekerja di tempat kerja aku tu tertangguh...semua jadi huru hara. Penangguhan tersebut dilakukan dalam masa 24 jam dari tarikh tersebut. Nampak gayanya terencat lagi rancangan yang telah dibuat. Inilah akibat dari kerenah pihak pengurusan yang sesuka hati membuat sesuatu tanpa memikirkan pekerja. Ramai kawan-kawan sama tempat kerja yang telah menjual aset penting seperti rumah, kereta demi persediaan menghadapi kehidupan baru selepas diberhentikan kerja. Ada yang dah buat pinjaman untuk memulakan bisnes..yang paling malang ada yang terlibat dalam along. Sebab..bagi mereka, pinjaman tersebut akan dapat dijelaskan apabila menerima pampasan.. tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya..

Ops... nampaknya dah lari dari tajuk post aku kali ni (memang selalu lari dari tajuk dah..) Untuk tatapan semua bersama post kali ni aku sertakan gambar tempat kerja aku tu. Gambar yang nampak muka tu.. adalah suasana bekerja di bilik class 100. Iaitu kelas yang paling bersih. Di sini partikal yang halus pun tak boleh masuk. Debu yang lebih halus dari rambut pun tak boleh masuk dalam bilik ni. Kalau diikutkan kena pakai face mask lagi.. nampak mata je. Rasanya bolehlah cara ni dipraktikkan pada bilik membuat benih cendawan. Gerenti takde pencemaran.





Gambar mesin tu pula adalah mesin Vacuum Packing yang digunakan untuk membungkus produk.. Kalau nak bungkus cendawan rasanya tak dapat guna mesin ni.. sebab anginnya kuat sangat. Takut cendawan hancur kena sedut. Mungkin boleh digunakan untuk membungkus produk hiliran.



Dan untuk naikkan semangat aku sertakan gambar cendawan giant ni, boleh ditenung lama-lama. Selalu la juga dapat cendawan besar ni..

Thursday, February 12, 2009

Langkah Keselamatan

Aku memang sokong apa yang dikatakan oleh cendawan 915. Aku pun pernah terkena flu dan terus demam disebabkan tersedut debu dari habuk padi masa membuat bancuhan. Debu habuk padi ni terlalu halus hingga senang memasuki rongga pernafasan kita. Itulah apa yang berlaku pada aku 3 minggu lepas. Hasilnya sehari aku terpaksa berbaring jer. Demam dah. Jadi untuk langkah keselamatan guna la face mask masa mengaul media terutamanya. Dan juga time memungut hasil.. pendek kata guna je la bila kita rasa perlu.. Ini untuk kesihatan kita juga. Tak guna juga bila dah kaya hasil dari cendawan kita pula yang sakit akibat cendawan ni. Betul tak?

Sekarang ni musim dah panas balik.. suhu dalam rumah cendawan pun dah mula meningkat hinggakan ada cendawan yang kekeringan. Terpaksa memberi tumpuan yang lebih untuk mengekalkan kelembapan. Seperti kata Ayne.. jika kelopak nampak kering bolehlah siram dengan semburan halus tapi pastikan 4 jam sebelum memungut hasil. Terima kasih atas info tersebut.

Sunday, February 8, 2009

Kursus

Pagi tadi 2 org peserta iaitu encik Eddie dan encik Mohd Reduan telah mengikuti kursus singkat yang telah aku anjurkan. Kat sebelah ni gambar mereka berdua tengah pose. Kepada encik Lawrence dan encik Mohd Yussuf serta encik Philip, minta maaf bebanyak kerana terlupa nak ambil gambar hari tu. Setakat ni peserta yang paling jauh ialah encik Lawrence (Miri) dan enck Philip dari mukah. Terima kasih kerana mengikuti kursus yang saya anjurkan. Harap berpuas hati.. Jika ada apa2 kemusykilan jangan malu-malu tanya.



Dan yang kat sebelah ni bukan peserta kursus ye.. nama dia Ali Mahmud Basha (pelakon). Aku terserempak dengan beliau semasa beliau tengah makan di Dayang Maryam Cafe. Kepada sesiapa yang nak pekena LAKSA SARAWAK yang kaw-kaw punya, bolehlah berkunjung ke cafe ni yang terletak di belakang Choice Ria Matang...pekena Laksa Sarawak semangkuk. Taruk cendawan sikit, mesti sedapkan. Pasti meleleh..ekeke.. meleleh dah air liur aku ni.. k la nak pekena laksa dulu. (cafe ni bakal mak mertua aku yang punya...ni kira tolong promote jer).

Monday, February 2, 2009

Perkembangan Terkini

Disebabkan tak larat nak isi beg sorang-sorang maka aku mula ler ngupah orang untuk mengisi beg. Nasib baik ada anak kawan aku yang sudi tolong. Dapat juga aku jimat masa.. selama ni jika aku sorang je, yang paling banyak yang dapat aku buat dalam satu hari cuma 130-150 beg je. Tak larat nak buat lebih dari tu.. itu pun dah makan masa sampai 5-6 jam termasuk mengaul sekali. Jadi bila dah upah orang boleh ler buat cepat sikit.

Dalam pada masa tu juga aku dah mula mengadakan kursus praktikal untuk sesapa yang berminat dalam bidang penanaman cendawan.. Kursus ni ngajar praktikal je.. tak payah duduk lama-lama dalam kelas. Bayaran pun murah.. setakat ni kebanyakan peserta terdiri dari kawan-kawan yang sama tempat kerja. Sebagai salah satu persediaan untuk mereka apabila bakal diberhentikan kerja nanti. Disebabkan kemelesetan ekonomi global ni banyak kilang yang ditutup termasuklah kilang tempat aku bekerja sekarang..Western Digital yang dulunya dikenali sebagai Komag. Tapi ada juga mereka yang lain ikut kursus tu. Yang paling jauh dari Mukah. Mr Philip..lupa pula nak ambik gambar hari tu disebabkan sibuk sangat beri penerangan. Jadi jika ada sesiapa yang berminat boleh lah hubungi aku untuk kursus tu. Buat masa ni aku belum sempat lagi nak buat iklan dalam blog ni.. mungkin hujung bulan ni aku akan buat iklan tu.

Tuesday, January 20, 2009

Hujan

Di musim hujan ni nampaknya...banyak cendawan yang tumbuh mekar (cuma tak mewangi). Pasti ramai rakan-rakan pengusaha yang tersenyum bila tengok hasil yang makin bertambah termasuklah aku.... cuma masalahnya musim hujan ni pengeluaran beg media terlalu perlahan. Ini disebabkan habuk kayu yang digunakan terlalu basah. Walaupun setelah dicampur dengan dedak padi yang kering masih lagi tidak dapat mengatasi kelembapan habuk kayu tersebut. Inilah masalah yang aku hadapi disebabkan tempat yang terhad maka tidak ada tempat untuk menyimpan habuk kayu. Terpaksa tunggu habuk kering sedikit...



Minggu lepas aku terperasan, ada cendawan yang tumbuh di atas habuk kayu yang aku tabur di bawah pohon kedondong.. cuma saiznya kecik je... cantik juga rupa bila cendawan tumbuh kat situ. Teringat pula pada video yang aku postkan dulu.. jika nak buat cara tanpa guna beg PP rasanya mungkin cendawan yang tumbuh tidak besar seperti jika menggunakan beg PP. Mungkin ianya tidak sesuai untuk cendawan tiram...mungkin juga boleh digunakan untuk cendawan jerami ataupun cendawan sawit..

Thursday, January 15, 2009

Mushroom at Discovery Channel

Rasanya cara ni boleh digunakan untuk cendawan jerami? Apa pendapat rakan-rakan?