Thursday, February 12, 2009

Langkah Keselamatan

Aku memang sokong apa yang dikatakan oleh cendawan 915. Aku pun pernah terkena flu dan terus demam disebabkan tersedut debu dari habuk padi masa membuat bancuhan. Debu habuk padi ni terlalu halus hingga senang memasuki rongga pernafasan kita. Itulah apa yang berlaku pada aku 3 minggu lepas. Hasilnya sehari aku terpaksa berbaring jer. Demam dah. Jadi untuk langkah keselamatan guna la face mask masa mengaul media terutamanya. Dan juga time memungut hasil.. pendek kata guna je la bila kita rasa perlu.. Ini untuk kesihatan kita juga. Tak guna juga bila dah kaya hasil dari cendawan kita pula yang sakit akibat cendawan ni. Betul tak?

Sekarang ni musim dah panas balik.. suhu dalam rumah cendawan pun dah mula meningkat hinggakan ada cendawan yang kekeringan. Terpaksa memberi tumpuan yang lebih untuk mengekalkan kelembapan. Seperti kata Ayne.. jika kelopak nampak kering bolehlah siram dengan semburan halus tapi pastikan 4 jam sebelum memungut hasil. Terima kasih atas info tersebut.

Sunday, February 8, 2009

Kursus

Pagi tadi 2 org peserta iaitu encik Eddie dan encik Mohd Reduan telah mengikuti kursus singkat yang telah aku anjurkan. Kat sebelah ni gambar mereka berdua tengah pose. Kepada encik Lawrence dan encik Mohd Yussuf serta encik Philip, minta maaf bebanyak kerana terlupa nak ambil gambar hari tu. Setakat ni peserta yang paling jauh ialah encik Lawrence (Miri) dan enck Philip dari mukah. Terima kasih kerana mengikuti kursus yang saya anjurkan. Harap berpuas hati.. Jika ada apa2 kemusykilan jangan malu-malu tanya.



Dan yang kat sebelah ni bukan peserta kursus ye.. nama dia Ali Mahmud Basha (pelakon). Aku terserempak dengan beliau semasa beliau tengah makan di Dayang Maryam Cafe. Kepada sesiapa yang nak pekena LAKSA SARAWAK yang kaw-kaw punya, bolehlah berkunjung ke cafe ni yang terletak di belakang Choice Ria Matang...pekena Laksa Sarawak semangkuk. Taruk cendawan sikit, mesti sedapkan. Pasti meleleh..ekeke.. meleleh dah air liur aku ni.. k la nak pekena laksa dulu. (cafe ni bakal mak mertua aku yang punya...ni kira tolong promote jer).

Monday, February 2, 2009

Perkembangan Terkini

Disebabkan tak larat nak isi beg sorang-sorang maka aku mula ler ngupah orang untuk mengisi beg. Nasib baik ada anak kawan aku yang sudi tolong. Dapat juga aku jimat masa.. selama ni jika aku sorang je, yang paling banyak yang dapat aku buat dalam satu hari cuma 130-150 beg je. Tak larat nak buat lebih dari tu.. itu pun dah makan masa sampai 5-6 jam termasuk mengaul sekali. Jadi bila dah upah orang boleh ler buat cepat sikit.

Dalam pada masa tu juga aku dah mula mengadakan kursus praktikal untuk sesapa yang berminat dalam bidang penanaman cendawan.. Kursus ni ngajar praktikal je.. tak payah duduk lama-lama dalam kelas. Bayaran pun murah.. setakat ni kebanyakan peserta terdiri dari kawan-kawan yang sama tempat kerja. Sebagai salah satu persediaan untuk mereka apabila bakal diberhentikan kerja nanti. Disebabkan kemelesetan ekonomi global ni banyak kilang yang ditutup termasuklah kilang tempat aku bekerja sekarang..Western Digital yang dulunya dikenali sebagai Komag. Tapi ada juga mereka yang lain ikut kursus tu. Yang paling jauh dari Mukah. Mr Philip..lupa pula nak ambik gambar hari tu disebabkan sibuk sangat beri penerangan. Jadi jika ada sesiapa yang berminat boleh lah hubungi aku untuk kursus tu. Buat masa ni aku belum sempat lagi nak buat iklan dalam blog ni.. mungkin hujung bulan ni aku akan buat iklan tu.