Monday, March 16, 2009

Api dan dapur


Mungkin post ni tak berapa penting sangat, tapi rasanya mesti ada di antara kita yang tak tau pasal benda ni. Maksud aku warna api yang diperlukan pada masa mengukus. Apa yang kita sedia maklum bahawa api yang berwarna biru lebih panas dari yang berwarna kuning. Ini kerana api yang berwarna biru menunjukkan gas memasak (LPG) terbakar dengan sempurna. Sementara yang berwarna kuning, gas tidak terbakar secara keseluruhan dan ini menunjukkan berlakunya pembaziran gas. Pada masa mengukus pernah tak kita melihat warna yang dihasilkan oleh dapur kita? Adakah biru atau kuning?



Sekiranya kuning..sudah pastilah kita sedang membazirkan gas. Walaupun kita mengukus sehingga 10 jam pun belum tentu suhu di dalam tong mencukupi untuk membunuh bakteria.





Ada 2 penyebab mengapa keadaan ini berlaku. Pertama dapur kita tersumbat. Sekiranya tersumbat bolehlah diketuk bahagian bawah dapur tersebut. Seperti yang ditunjukkan oleh gambar sebelah. Dan hasilnya kita boleh lihat habuk karat yang keluar.



Sebab yang kedua pula ialah kekurangan gas oksigen semasa proses pembakaran. Jika kita perhatikan pada dapur 3 lapisan yang aku gunakan terdapat semacam ring (seperti yang ditunjukkan pada gambar) yang berfungsi untuk mengawal gas oksigen yang masuk ke dalam dapur. Jadi kita bolehlah adjustkan ring tersebut supaya api menjadi biru.



Sebagai langkah keselamatan pula, seelok-eloknya letaklah kepingan seramik atau atap di tepi tong terutamanya di bahagian dapur. Ini untuk mengelakkan api dari membakar tiub getah gas dan menghadang tiupan angin. Jadi utamakan keselamatan semasa mengukus.....

1 comment:

All Thing Viral said...

bagus tips ni. bukan sahaja untuk masak media tp untuk lain tujuan