Saturday, March 28, 2009

Sedikit Perkembangan

Nampaknya dah agak lama tak update blog ni. Maklumlah sibuk dengan keja. Lagipun celcom broadband yang aku gunakan ni, lambat tahap gila, Nak cek email pun tak dapat. Inikan pula nak update blog. Dalam iklan celcom bukan main lagi kata yang produk mereka bagus, pantas dan macam-macam lagi. Tapi hakikatnya lembab macam siput.




Tambahan pula sekarang ni kami telah berpindah ke tempat baru iaitu sebuah rumah tinggal di kawasan Matang ni juga. Rumah ni dah lama tak didiami jadi banyak keja yang perlu dibuat. Keadaan dalam rumah bersepah disebabkan banjir. Lumpur pun dah setengah inci kat dalam tu. Ambil masa 2 hari untuk mencuci.





Kemudian terpaksa import pekerja pro dari KL ( kampung Ladong) untuk keja menembok bata di hadapan rumah bagi mengelakkan air masuk apabila hujan. Sakit juga pinggang dibuatnya. Maklumlah tak pernah melepa.



Jadi sekarang ni dalam proses membuat rak. Buat sendiri aje. Tak payah nak upah orang. Kalau dah siap nanti rasanya rumah ni boleh muat antara 8000 hingga 10 000 beg media. Yang bagusnya rumah ni mempunyai tanah yang luas. Ada dalam lebih setengah ekar termasuk rumah tu sekali. Boleh buat 2 bangsal besar kat luarnya.


Tentang kursus pula, buat masa sekarang ni terpaksa diberhentikan dulu. Bila dah siap tempat ni nanti kursus akan diadakan semula di sini. Minggu depan acara mengisi beg akan bermula, jadi kena cari pekerja sambilan lepas ni. Harap-harap dalam masa yang terdekat ni rumah ni akan dapat dipenuhkan dengan beg media.

Monday, March 16, 2009

Api dan dapur


Mungkin post ni tak berapa penting sangat, tapi rasanya mesti ada di antara kita yang tak tau pasal benda ni. Maksud aku warna api yang diperlukan pada masa mengukus. Apa yang kita sedia maklum bahawa api yang berwarna biru lebih panas dari yang berwarna kuning. Ini kerana api yang berwarna biru menunjukkan gas memasak (LPG) terbakar dengan sempurna. Sementara yang berwarna kuning, gas tidak terbakar secara keseluruhan dan ini menunjukkan berlakunya pembaziran gas. Pada masa mengukus pernah tak kita melihat warna yang dihasilkan oleh dapur kita? Adakah biru atau kuning?



Sekiranya kuning..sudah pastilah kita sedang membazirkan gas. Walaupun kita mengukus sehingga 10 jam pun belum tentu suhu di dalam tong mencukupi untuk membunuh bakteria.





Ada 2 penyebab mengapa keadaan ini berlaku. Pertama dapur kita tersumbat. Sekiranya tersumbat bolehlah diketuk bahagian bawah dapur tersebut. Seperti yang ditunjukkan oleh gambar sebelah. Dan hasilnya kita boleh lihat habuk karat yang keluar.



Sebab yang kedua pula ialah kekurangan gas oksigen semasa proses pembakaran. Jika kita perhatikan pada dapur 3 lapisan yang aku gunakan terdapat semacam ring (seperti yang ditunjukkan pada gambar) yang berfungsi untuk mengawal gas oksigen yang masuk ke dalam dapur. Jadi kita bolehlah adjustkan ring tersebut supaya api menjadi biru.



Sebagai langkah keselamatan pula, seelok-eloknya letaklah kepingan seramik atau atap di tepi tong terutamanya di bahagian dapur. Ini untuk mengelakkan api dari membakar tiub getah gas dan menghadang tiupan angin. Jadi utamakan keselamatan semasa mengukus.....

Monday, March 2, 2009

Perkembangan Yang tak Berkembang.

Nampaknya semua plan aku tak menjadi gara-gara pemerhentian keja yang sepatutnya berlaku pada 20.2.09 ditangguhkan. Bukannya plan aku aje yang terlibat tapi semua pekerja di tempat kerja aku tu tertangguh...semua jadi huru hara. Penangguhan tersebut dilakukan dalam masa 24 jam dari tarikh tersebut. Nampak gayanya terencat lagi rancangan yang telah dibuat. Inilah akibat dari kerenah pihak pengurusan yang sesuka hati membuat sesuatu tanpa memikirkan pekerja. Ramai kawan-kawan sama tempat kerja yang telah menjual aset penting seperti rumah, kereta demi persediaan menghadapi kehidupan baru selepas diberhentikan kerja. Ada yang dah buat pinjaman untuk memulakan bisnes..yang paling malang ada yang terlibat dalam along. Sebab..bagi mereka, pinjaman tersebut akan dapat dijelaskan apabila menerima pampasan.. tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya..

Ops... nampaknya dah lari dari tajuk post aku kali ni (memang selalu lari dari tajuk dah..) Untuk tatapan semua bersama post kali ni aku sertakan gambar tempat kerja aku tu. Gambar yang nampak muka tu.. adalah suasana bekerja di bilik class 100. Iaitu kelas yang paling bersih. Di sini partikal yang halus pun tak boleh masuk. Debu yang lebih halus dari rambut pun tak boleh masuk dalam bilik ni. Kalau diikutkan kena pakai face mask lagi.. nampak mata je. Rasanya bolehlah cara ni dipraktikkan pada bilik membuat benih cendawan. Gerenti takde pencemaran.





Gambar mesin tu pula adalah mesin Vacuum Packing yang digunakan untuk membungkus produk.. Kalau nak bungkus cendawan rasanya tak dapat guna mesin ni.. sebab anginnya kuat sangat. Takut cendawan hancur kena sedut. Mungkin boleh digunakan untuk membungkus produk hiliran.



Dan untuk naikkan semangat aku sertakan gambar cendawan giant ni, boleh ditenung lama-lama. Selalu la juga dapat cendawan besar ni..