Tuesday, January 20, 2009

Hujan

Di musim hujan ni nampaknya...banyak cendawan yang tumbuh mekar (cuma tak mewangi). Pasti ramai rakan-rakan pengusaha yang tersenyum bila tengok hasil yang makin bertambah termasuklah aku.... cuma masalahnya musim hujan ni pengeluaran beg media terlalu perlahan. Ini disebabkan habuk kayu yang digunakan terlalu basah. Walaupun setelah dicampur dengan dedak padi yang kering masih lagi tidak dapat mengatasi kelembapan habuk kayu tersebut. Inilah masalah yang aku hadapi disebabkan tempat yang terhad maka tidak ada tempat untuk menyimpan habuk kayu. Terpaksa tunggu habuk kering sedikit...



Minggu lepas aku terperasan, ada cendawan yang tumbuh di atas habuk kayu yang aku tabur di bawah pohon kedondong.. cuma saiznya kecik je... cantik juga rupa bila cendawan tumbuh kat situ. Teringat pula pada video yang aku postkan dulu.. jika nak buat cara tanpa guna beg PP rasanya mungkin cendawan yang tumbuh tidak besar seperti jika menggunakan beg PP. Mungkin ianya tidak sesuai untuk cendawan tiram...mungkin juga boleh digunakan untuk cendawan jerami ataupun cendawan sawit..

Thursday, January 15, 2009

Mushroom at Discovery Channel

Rasanya cara ni boleh digunakan untuk cendawan jerami? Apa pendapat rakan-rakan?


Sunday, January 11, 2009

Keganasan Israel


WAR ON GAZA- DEATH BABYS.is That ISRAEL Want? RABI1234@HOTMAIL.de - Click here for more free videos





Gaza Children, Why Were Killed by Israil with No Mercy - Click here for more amazing videos















Anda juga boleh menyalurkan derma kepada MERCY Malaysia. Untuk maklumat lanjut sila hubungi HQ di talian +603 2273 3999 atau email mereka info@mercy.org.my

MAYBANK
Account Name: MERCY Humanitarian Fund
Account No: 5621 - 7950 - 4126


Mendermalah pada yang memerlukan....


Saturday, January 10, 2009

Boikot Barangan Israel Dan U.S


Wahai kaum muslimin dan muslimat di seluruh dunia, memboikot produk-produk buatan Israel dan Amerika adalah kewajipan bagi seluruh umat Islam. Setiap ringgit yang kita bayar untuk sebotol coca-cola misalnya akan menjadi sebutir peluru di dalam senjata orang-orang Amerika atau Israel yang akan diacu ke arah saudara-saudara seagama kita sama ada di Palestine, Iraq atau pun Aghanistan. Kita telah menyumbang wang kita pada setiap hari kepada McDonald, KFC, Burger King dan sebagainya tanpa memikirkan ke mana wang itu akan dibelanjakan. Tergamakkah kita meneguk air Coca-Cola yang akhirnya menitiskan darah saudara-saudara seagama kita? Fikir-fikirkan dan renung-renungkan.