Saturday, March 28, 2009

Sedikit Perkembangan

Nampaknya dah agak lama tak update blog ni. Maklumlah sibuk dengan keja. Lagipun celcom broadband yang aku gunakan ni, lambat tahap gila, Nak cek email pun tak dapat. Inikan pula nak update blog. Dalam iklan celcom bukan main lagi kata yang produk mereka bagus, pantas dan macam-macam lagi. Tapi hakikatnya lembab macam siput.




Tambahan pula sekarang ni kami telah berpindah ke tempat baru iaitu sebuah rumah tinggal di kawasan Matang ni juga. Rumah ni dah lama tak didiami jadi banyak keja yang perlu dibuat. Keadaan dalam rumah bersepah disebabkan banjir. Lumpur pun dah setengah inci kat dalam tu. Ambil masa 2 hari untuk mencuci.





Kemudian terpaksa import pekerja pro dari KL ( kampung Ladong) untuk keja menembok bata di hadapan rumah bagi mengelakkan air masuk apabila hujan. Sakit juga pinggang dibuatnya. Maklumlah tak pernah melepa.



Jadi sekarang ni dalam proses membuat rak. Buat sendiri aje. Tak payah nak upah orang. Kalau dah siap nanti rasanya rumah ni boleh muat antara 8000 hingga 10 000 beg media. Yang bagusnya rumah ni mempunyai tanah yang luas. Ada dalam lebih setengah ekar termasuk rumah tu sekali. Boleh buat 2 bangsal besar kat luarnya.


Tentang kursus pula, buat masa sekarang ni terpaksa diberhentikan dulu. Bila dah siap tempat ni nanti kursus akan diadakan semula di sini. Minggu depan acara mengisi beg akan bermula, jadi kena cari pekerja sambilan lepas ni. Harap-harap dalam masa yang terdekat ni rumah ni akan dapat dipenuhkan dengan beg media.

No comments: