Monday, December 29, 2008

Motivasi Diri

" Jika doamu dimakbulkan, tanda ALLAH menyayangimu, jika doamu lambat dimakbulkan tanda ALLAH ingin mengujimu, jika doamu tidak dimakbulkan tanda ALLAH merancang yang terbaik untukmu" INSYAALLAH sama-sama kita imarahkan hari-hari kita, mudahan sama-sama kita mendapat keampunan, barakah dan rahmat dariNya...aminyarabbalalamin...... Semoga kesihatan, rezeki, ketakwaan, kesabaran, keimanan dan kebahagiaan berkekalan di samping keluarga tersayang hendaknya......SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1430H yang lebih bermakna.

Sempena tahun baru ini semoga keazaman kita untuk memajukan diri di dalam bidang keusahawanan akan lebih membara lagi. Untuk mencapainya sudah semestinya kita perlukan semangat yang kental..... yang perlu sentiasa dibakar. Dan untuk memastikan semangat kita sentiasa terbakar sudah semestinya kita perlukan sesuatu sebagai pendorong ataupun sesuatu sebagai motivasi diri. Apa yang rakan-rakan semua jadikan sebagai pendorong atau motivasi diri anda? Bagi aku motivasi tersebut lahir dengan membaca buku-buku motivasi yang banyak terdapat di pasaran. Banyak jugalah buku-buku yang aku baca...contohnya Rich Dad Poor Dad oleh Robert T Kiyosaki dan Sharon L Lechter, buku-buku karangan Azizi Ali dan juga beberapa orang penulis tempatan. Namun lama kelamaan aku tersedar yang buku-buku tersebut lebih tertumpu kepada perniagaan yang berskala besar yang sudah pastinya perlukan modal yang besar maklumlah mereka adalah jutawan dalam bidang hartanah. Bagi aku yang mempunyai pendapatan yang tak pernah cukup ni sudah pastinya agak sukar untuk mengikuti nasihat dan cadangan mereka. Dari situlah minat ku mula beralih arah kepada buku-buku yang lebih menjurus kepada keusahawanan yang berskala kecil dan akhirnya aku terjumpa dengan buku-buku tulisan Dr Rusly Bin Abdullah yang kini telah bergelar Dato'. Beliau merupakan bekas pengurus bank yang berhenti kerja untuk berniaga di pasar-pasar malam. Kini beliau telah berjaya membuka sebuah institusi pendidikan dan latihan yang dinamakan sebagai Institut Teknologi Kulinari Tanjung Utara (ITKAU).

Buku pertama beliau ialah MENJEJAKI JUTAWAN SENYAP...yang menceritakan tentang kejayaan pendatang Indonesia yang datang sehelai sepinggang ke Malaysia boleh mencapai taraf jutawan sedangkan bumiputera sendiri masih hidup dalam lingkungan zon selesa (termasuk aku la ni). Di samping itu juga diceritakan tentang kejayaan anak bumi sendiri yang juga berjaya mencapai status jutawan dengan menjalankan perniagaan berskala kecil yang biasanya kita lihat dengan sebelah mata. Semua cerita itu adalah kisah benar. Buku inilah yang membuka minda aku kepada perniagaan berskala kecil. Lain-lain buku karangan beliau ialah Petunjuk Jalan Kekayaan, Biar Kecil Asalkan Berhasil, Orang kaya Bertaqwa dan Aku Tak Nak Miskin. Jadi aku sarankan agar rakan-rakan membaca buku-buku ini kerana ia amat sesuai dijadikan sebagai pembakar semangat di dalam bisnes yang kita ceburi ini. Bak kata beliau ..."Bermulalah dengan apa yang ada...berniagalah tanpa perlu berhutang. Berjiwa besarlah bukan berhati besar..tidak perlu kesempurnaan sebelum berniaga. Dekatkanlah diri dengan ALLAH dan fahamilah diri sendiri...tingkatkan ilmu dalam bisnes yang diceburi. Ambillah iktibar dari mereka yang telah berjaya." BIAR KECIL ASALKAN BERHASIL DARIPADA BESAR AKHIRNYA BUBAR.... SELAMAT MEMBACA

1 comment:

All Thing Viral said...

mana nak dapat buku ni. cam best la