kursus ni aku baru tau dalam 2 hari lepas. Tak sempat pula nak post awal-awal. Kepada sesiapa yang berminat.. maklumat lanjut ada kat bawah ni.
Tarikh: 27 dan 28 oktober 2009
Tempat: PPKS Kuching
Masa: 8:00am hingga 5:00pm
Anjuran: Jabatan Ketua Menteri ( Unit Pembangunan Usahawan Bumiputera)
Yuran: RM30 (bayar semasa hadir kursus)
Jumlah Peserta 50 orang ( kalau tak silap masih banyak kekosongan)
Makan dan minum ditanggung( halal ...kekeke) beres.
Tarikh tutup: 16 Oktober 2009 (esok.. masih ada masa lagi ni).
Maklumat lanjut Sila hubungi Puan Sabrina ( 082-492443) atau Puan Suhaila (082-492453)
Thursday, October 15, 2009
Monday, September 21, 2009
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Hari ni masuk hari kedua dalam bulan syawal, jadi rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat hari raya kepada semua rakan-rakan pengusaha cendawan dan juga kepada sesiapa yang sudi melayari blog aku ni.
Rasanya dah lama sangat aku tak update blog ni. Selain dari kesibukan mengerjakan rumah cendawan aku tu, pada bulan puasa ni juga aku sibuk menjual air kelapa muda, ditambah pula dengan ketiadaan idea.. fuh memang kering idea dah. Walau macam mana pun pada bula lepas aku telah menerima kunjungan dari pelajar uitm. Banyak betul soalan diaorang ni.. maaf ye dik jika ada yang tak terjawab. Maklum la belum sampai tahap otai lagi. Terima kasih atas kunjungan.. jika sudi datanglah lagi
Sunday, August 9, 2009
Alhamdulillah...umurku masih panjang...
Sesuatu yang mengejutkan aku berlaku pada hari ini..disebabkan cuaca yang panas tanpa hujan yang dah masuk 3 minggu menyebabkan cendawan yang mula mengeluarkan hasil pada minggu ini terpaksa disiram selalu. Dan tadi sewaktu tengah leka menyiram lantai dan cendawan kira-kira pukul 11.20 malam, tiba-tiba aku tersentak apabila terpandang satu objek yang lain dari warna beg media tengah lepak atas rak paras bahu aku. Jarak aku dengan benda tu tak sampai pun 1 meter. Nasib baiklah pada waktu itu aku bawa lampu suluh. Maklumlah keadaan kat situ bukannya cerah sangat sebab terlindung oleh rak yang penuh dengan beg media. Apabila tersuluh je benda tu secara automatik aku terus berundur... sah.. memang ular.
Apabila diperhatikan aku rasa ular tu jenis yang berbisa. Tadi aku cari kat internet dan terjumpa ular tu tergolong dalam keluarga elapidae dengan nama localnya ular katam tebu, sangat berbisa (neuro toksik) sama keluarga dengan ular tedung. Fuh.. memang berbisa pun. Panjang dalam setengah meter lebih. Besar ibu jari tangan. Dahlah masa tu aku sorang je kat situ..(pekerja aku balik kampung). Nasib baiklah aku bawa lampu suluh. Kalau tidak tak taulah apa yang terjadi. Baru aku tau bahaya juga jadi usahawan cendawan ni. Jadi diharap rakan-rakan sekalian berhati-hati, tengok-tengok kiri kanan atas bawah di sekitar rak-rak tu. Ular ni suka lepak sana tunggu tikus (aku rasalah).
Oleh sebab aku takde apa-apa..jadi berpeluh-peluh jugalah time keluarkan ular tu dan lepaskan dia. Tak nak bunuh.. lagipun aku khuatir tersalah bunuh pula nanti. Maklumlah tempat ni agak keras juga time aku mula pindah dulu. Tau-tau ajelahkan.... kat bawah ni gambar ular tu yang sempat aku ambil dengan tangan mengigil. Aku memang takut dengan ular.. dan gambar yang cantik tu adalah spesis yang sama yang aku ambil kat internet. Bandingkan.. samakan warna dia.

Friday, July 17, 2009
Saturday, July 11, 2009
Akhirnya...
Mula-mula aku malas nak kacau bintang ni selagi dia tak kacau kerja aku. Dalam tempoh 2 bulan sebelum ni takde pula ct..kus ni buat kacau. Tapi bila aku guna benih padi tiba-tiba ct ni menganas.. abeh lebih kurang 50 beg media dikerjakan. Mungkin aroma padi tu agaknya. Akhirnya terpaksalah aku ambil tindakan. Hasilnya.. inilah mangsa kedua perangkap maut. Lepas tu hingga sekarang takde lagi gangguan dari si ct.
Dan binatang yang bercorak-corak ni pada mulanya aku ingatkan anak biawak namun apabila diperhatikan betul-betul...la cicak rupanya. Cantik pula corak kat badan dia. Ni 1st time tengok.
Thursday, June 25, 2009
Ebook Usahawan Cendawan
Akhirnya ebook Usahawan Cendawan telah diterbitkan. Ebook ini amat sesuai untuk mereka yang ingin berjinak-jinak dalam bidang keusahawanan ini.
Di dalam ebook ini anda akan dapat mempelajari cara-cara memulakan bisnes cendawan dengan betul. Ebook ini boleh dianggap seperti kitab rujukan ilmu anda dalam mencipta kejayaan bisnes cendawan. Selain itu Video yang disertakan juga akan membantu pemahaman anda. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila klik di sini.
Tuesday, June 9, 2009
Pengusaha Berjaya
Pada minggu lepas 3.6.09 aku telah berkunjung ke D' Zaryn Agro Farm yang terletak di kampung Kuap. Tujuan utama ialah nak beli benih. Di samping tu juga nak berkenalan dengan toke D' Zaryn Agro Farm ni. Masa aku tengok kat blog macam penah tengok je toke muda ni.
Apabila sampai ke ladang mereka baru aku perasan.. laa bekas pekerja Komag rupanya. Aku masih ingat lagi yang mereka berdua ni iaitu En. Mohd Soffry dan Puan Zarina berhenti kerja pada tahun 2007 selepas mereka kahwin. Dan pernah juga aku terdengar yang mereka berhenti kerja sebab nak mula berniaga tapi tak tau pula yang mereka bisnes cendawan.
Hasilnya banyaklah tunjuk ajar yang aku perolehi dari mereka berdua. Kunjungan yang sepatutnya hanya untuk membeli benih yang mengambil masa sekejap menjadi satu jam setengah apabila En Mohd Soffry bersungguh-sungguh menjawab setiap soalan aku. Terima kasih kerana sudi memberi tunjuk ajar beserta praktikalnya sekali. Memang banyak ilmu yang aku perolehi pada hari tu.
Bila melihat bangsal mereka yang besar tu memang jauh berbeza dari apa yang aku usahakan sekarang ni. Biasalah baru belajar merangkak dalam bisnes cendawan ni. Kena slow dulu.
Berbalik kepada perkembangan terkini cendawan Ladong, buat masa sekarang masih sibuk dengan aktiviti memenuhkan rumah cendawan dengan beg media.

Subscribe to:
Posts (Atom)