Friday, July 17, 2009

Hiburan Untuk Anda ( ada niat ke?)

Setelah penat bekerja apa kata anda layan video ini....


Saturday, July 11, 2009

Akhirnya...


Mula-mula aku malas nak kacau bintang ni selagi dia tak kacau kerja aku. Dalam tempoh 2 bulan sebelum ni takde pula ct..kus ni buat kacau. Tapi bila aku guna benih padi tiba-tiba ct ni menganas.. abeh lebih kurang 50 beg media dikerjakan. Mungkin aroma padi tu agaknya. Akhirnya terpaksalah aku ambil tindakan. Hasilnya.. inilah mangsa kedua perangkap maut. Lepas tu hingga sekarang takde lagi gangguan dari si ct.




Dan binatang yang bercorak-corak ni pada mulanya aku ingatkan anak biawak namun apabila diperhatikan betul-betul...la cicak rupanya. Cantik pula corak kat badan dia. Ni 1st time tengok.

Thursday, June 25, 2009

Ebook Usahawan Cendawan

Akhirnya ebook Usahawan Cendawan telah diterbitkan. Ebook ini amat sesuai untuk mereka yang ingin berjinak-jinak dalam bidang keusahawanan ini.

Di dalam ebook ini anda akan dapat mempelajari cara-cara memulakan bisnes cendawan dengan betul. Ebook ini boleh dianggap seperti kitab rujukan ilmu anda dalam mencipta kejayaan bisnes cendawan. Selain itu Video yang disertakan juga akan membantu pemahaman anda. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila klik di sini.

Tuesday, June 9, 2009

Pengusaha Berjaya

Pada minggu lepas 3.6.09 aku telah berkunjung ke D' Zaryn Agro Farm yang terletak di kampung Kuap. Tujuan utama ialah nak beli benih. Di samping tu juga nak berkenalan dengan toke D' Zaryn Agro Farm ni. Masa aku tengok kat blog macam penah tengok je toke muda ni.

Apabila sampai ke ladang mereka baru aku perasan.. laa bekas pekerja Komag rupanya. Aku masih ingat lagi yang mereka berdua ni iaitu En. Mohd Soffry dan Puan Zarina berhenti kerja pada tahun 2007 selepas mereka kahwin. Dan pernah juga aku terdengar yang mereka berhenti kerja sebab nak mula berniaga tapi tak tau pula yang mereka bisnes cendawan.

Hasilnya banyaklah tunjuk ajar yang aku perolehi dari mereka berdua. Kunjungan yang sepatutnya hanya untuk membeli benih yang mengambil masa sekejap menjadi satu jam setengah apabila En Mohd Soffry bersungguh-sungguh menjawab setiap soalan aku. Terima kasih kerana sudi memberi tunjuk ajar beserta praktikalnya sekali. Memang banyak ilmu yang aku perolehi pada hari tu.

Bila melihat bangsal mereka yang besar tu memang jauh berbeza dari apa yang aku usahakan sekarang ni. Biasalah baru belajar merangkak dalam bisnes cendawan ni. Kena slow dulu.

Berbalik kepada perkembangan terkini cendawan Ladong, buat masa sekarang masih sibuk dengan aktiviti memenuhkan rumah cendawan dengan beg media.

Wednesday, May 13, 2009

Terlalu Sibuk...

Dah terlalu lama tak update blog ni. Diam bukan bermakna sudah bersara tapi diam kerana terlalu sibuk dengan rumah baru. Bilik suntik sudah boleh digunakan. Siap dengan tile sekali..tukang susun tile..aku sendiri. So sesiapa yang nak pasang tile bolehlah upah aku...hehehe.. tapi tak jamin mutunya ok. Aku pasang pun sukati bedal jer janji lantai bertile, senang sikit nak cuci. Tambahan pula tile ni free. Itu yang bestnyer. Aku pun pertama kali pasang benda ni.

Rak sedang dalam proses pembinaan. Beg media pun macam tu juga. Memang betul-betul sibuk semenjak 2 3 menjak ni. Yang bagusnya rumah ni lantainya simen jadi boleh simbah air sesuka hati. Maklum la musim panas sekarang ni.

Saturday, March 28, 2009

Sedikit Perkembangan

Nampaknya dah agak lama tak update blog ni. Maklumlah sibuk dengan keja. Lagipun celcom broadband yang aku gunakan ni, lambat tahap gila, Nak cek email pun tak dapat. Inikan pula nak update blog. Dalam iklan celcom bukan main lagi kata yang produk mereka bagus, pantas dan macam-macam lagi. Tapi hakikatnya lembab macam siput.




Tambahan pula sekarang ni kami telah berpindah ke tempat baru iaitu sebuah rumah tinggal di kawasan Matang ni juga. Rumah ni dah lama tak didiami jadi banyak keja yang perlu dibuat. Keadaan dalam rumah bersepah disebabkan banjir. Lumpur pun dah setengah inci kat dalam tu. Ambil masa 2 hari untuk mencuci.





Kemudian terpaksa import pekerja pro dari KL ( kampung Ladong) untuk keja menembok bata di hadapan rumah bagi mengelakkan air masuk apabila hujan. Sakit juga pinggang dibuatnya. Maklumlah tak pernah melepa.



Jadi sekarang ni dalam proses membuat rak. Buat sendiri aje. Tak payah nak upah orang. Kalau dah siap nanti rasanya rumah ni boleh muat antara 8000 hingga 10 000 beg media. Yang bagusnya rumah ni mempunyai tanah yang luas. Ada dalam lebih setengah ekar termasuk rumah tu sekali. Boleh buat 2 bangsal besar kat luarnya.


Tentang kursus pula, buat masa sekarang ni terpaksa diberhentikan dulu. Bila dah siap tempat ni nanti kursus akan diadakan semula di sini. Minggu depan acara mengisi beg akan bermula, jadi kena cari pekerja sambilan lepas ni. Harap-harap dalam masa yang terdekat ni rumah ni akan dapat dipenuhkan dengan beg media.

Monday, March 16, 2009

Api dan dapur


Mungkin post ni tak berapa penting sangat, tapi rasanya mesti ada di antara kita yang tak tau pasal benda ni. Maksud aku warna api yang diperlukan pada masa mengukus. Apa yang kita sedia maklum bahawa api yang berwarna biru lebih panas dari yang berwarna kuning. Ini kerana api yang berwarna biru menunjukkan gas memasak (LPG) terbakar dengan sempurna. Sementara yang berwarna kuning, gas tidak terbakar secara keseluruhan dan ini menunjukkan berlakunya pembaziran gas. Pada masa mengukus pernah tak kita melihat warna yang dihasilkan oleh dapur kita? Adakah biru atau kuning?



Sekiranya kuning..sudah pastilah kita sedang membazirkan gas. Walaupun kita mengukus sehingga 10 jam pun belum tentu suhu di dalam tong mencukupi untuk membunuh bakteria.





Ada 2 penyebab mengapa keadaan ini berlaku. Pertama dapur kita tersumbat. Sekiranya tersumbat bolehlah diketuk bahagian bawah dapur tersebut. Seperti yang ditunjukkan oleh gambar sebelah. Dan hasilnya kita boleh lihat habuk karat yang keluar.



Sebab yang kedua pula ialah kekurangan gas oksigen semasa proses pembakaran. Jika kita perhatikan pada dapur 3 lapisan yang aku gunakan terdapat semacam ring (seperti yang ditunjukkan pada gambar) yang berfungsi untuk mengawal gas oksigen yang masuk ke dalam dapur. Jadi kita bolehlah adjustkan ring tersebut supaya api menjadi biru.



Sebagai langkah keselamatan pula, seelok-eloknya letaklah kepingan seramik atau atap di tepi tong terutamanya di bahagian dapur. Ini untuk mengelakkan api dari membakar tiub getah gas dan menghadang tiupan angin. Jadi utamakan keselamatan semasa mengukus.....