Apabila diperhatikan aku rasa ular tu jenis yang berbisa. Tadi aku cari kat internet dan terjumpa ular tu tergolong dalam keluarga elapidae dengan nama localnya ular katam tebu, sangat berbisa (neuro toksik) sama keluarga dengan ular tedung. Fuh.. memang berbisa pun. Panjang dalam setengah meter lebih. Besar ibu jari tangan. Dahlah masa tu aku sorang je kat situ..(pekerja aku balik kampung). Nasib baiklah aku bawa lampu suluh. Kalau tidak tak taulah apa yang terjadi. Baru aku tau bahaya juga jadi usahawan cendawan ni. Jadi diharap rakan-rakan sekalian berhati-hati, tengok-tengok kiri kanan atas bawah di sekitar rak-rak tu. Ular ni suka lepak sana tunggu tikus (aku rasalah).
Oleh sebab aku takde apa-apa..jadi berpeluh-peluh jugalah time keluarkan ular tu dan lepaskan dia. Tak nak bunuh.. lagipun aku khuatir tersalah bunuh pula nanti. Maklumlah tempat ni agak keras juga time aku mula pindah dulu. Tau-tau ajelahkan.... kat bawah ni gambar ular tu yang sempat aku ambil dengan tangan mengigil. Aku memang takut dengan ular.. dan gambar yang cantik tu adalah spesis yang sama yang aku ambil kat internet. Bandingkan.. samakan warna dia.

1 comment:
Cuaca panas dicarinya tempat sejuk.... kena letak sulfur keliling kawasan rumah cendawan... hati hati.. lagi satu lain kail bila jumpa ular tanya Kau Jin ke Ular kalu Jin sila keluar.....
Post a Comment