Sunday, November 23, 2008

Minggu Yang Sibuk....


Sejak minggu lepas.... kami sibuk membuat tempahan yang pertama sebanyak 1000 beg media. Itu pun tempahan yang diterima dari saudara sebelah kakak ipar sendiri.. bukan org lain pun. Kami menyediakan dua pilihan sama ada menggunakan penutup peram ataupun yang guna suratkhabar je.. harga lain-lain. Untuk yang nak jimatkan kos bolehlah pilih yang gunakan suratkhabar. Kami sendiri pun guna kaedah yang sama. Buat masa ni kami jual RM1.30 yang guna suratkhabar dan RM1.40 untuk yang guna penutup peram... usia beg dalam 2 hingga 3 minggu selepas suntik. Yang dah matang.... coming soon. Jadi jangan malu-malu nak buat tempahan.

Friday, November 7, 2008

Dedak Padi


Dedak ni aku dapat kat kampung aku sendiri. Kebetulan pulak bapa saudara ada kilang mini proses beras jadi dapatlah beli dengan harga diskaun. Biasanya toke-toke ayam dan itik yang booking dedak ni. Masih fresh lagi.. Baru je lepas proses.. masih panas lagi. Gambar bapa saudara tengah isi guni yang aku beli. Ada sesiapa yang berminat? Tapi takde lori lak nak bawa ke Kuching ni. Ekeke... keta aku kecik je.





Tengok gambar sebelah ni. Bersusun dah guni... ni toke yang booking. Berat 1 guni tu rasanya ada dalam 60 kg. Guni biasanya diaorang sendiri sediakan.

Lendir Oren



Hari ni sewaktu nak memindahkan beg ke dalam rumah mini aku terperasan yg ada beg-beg yang pada benih yang disuntik keluar lendir oren kehijau-hijauan macam hingus pun ada jugak. Pertumbuhan miselium terbantut. Ada miselium yang ghaib entah ke mana. Mengapa ini berlaku? aku sendiri pun tak tau...Ada sesiapa yang tau sebab-sebabnya? Boleh tolong bagitau? Cendawan 915 pun menghadapi masalah yang sama. Aku rasa mungkin benih yang dah tua atau pun media yang masam (kurang kapur. Itu aku rasa-rasalah. Aku pun belum arif tentang cendawan ni. Masih di peringkat belajar.





Oleh sebab itu beg-beg tu dibuang sebahagian dan diisi dangan media yang baru. Kemudian dikukus balik. Lepas tu nak suntik balik. Nak tengok macam mana perkembangannya.. ni boleh kira sebagai eksperimen untuk aku. Nanti kalau dah ada keputusannya akan dinyatakan.

Thursday, November 6, 2008

Perbezaan antara 2 batch beg.


Semasa sedang menyusun kembali beg-beg yang sedang diperam aku perasan bahawa wujud perbezaan yang ketara antara 2 batch beg di mana ianya melibatkan beg yang telah disuntik pada 26.9.08 dengan beg 18.10.2008. Jika anda melihat gambar yang disertakan anda akan dapati bahawa beg pada 18.10.2008 pergerakan misileum lebih laju pergerakannya. Foto ni diambil pada 3.11.2008. Jadi dalam tempoh 17 hari misileum telah memenuhi 3/4 beg. Sedangkan yang disuntik pada 26.9.2008 baru setengah beg (38 hari). Satu perbezaan yang amat ketara. Rasanya ini berkaitan dengan benih yang digunakan. Bagaimana apa pandangan rakan-rakan usahawan cendawan semua? Ada apa-apa pandangan yang boleh dikongsikan? Maklumlah bagiku ini satu tanda tanya. Orang baru katakan.

Serangan Kulat Oren

Serangan ini berlaku pada beg yang hangus semasa dikukus gara-gara air kering. Mungkin cara tutup tong semasa mengkukus tidak sempurna hingga menyebabkan banyak stim yang terkeluar. Beg yang hangus ada dalam 27 beg semuanya. Disebabkan beg telah berlubang dibahagian bawah ianya telah diasingkan. Hasilnya.... pada hari yang kedua didapati kulat oren telah betenggek ditepi bahagian yang berlubang.

Tempat Operasi

Tempat membancuh media

Di sinilah tempat media dibancuh dan dibegkan serta dikukus. Ianya terletak dibelakang rumah juga.






Bilik Suntikan

Bilik ni adalah bilik mandi yang tidak digunakan, jadi dari terbiar gitu aje lebih baik ianya ditukar menjadi bilik suntik. Jimat juga kos operasi. Disamping itu bilik ni juga dijadikan bilik peram sementara.





Rumah Mini Cendawan

Rumah mini ni dibuat oleh abang Den, (part tukang menukang ni aku tak terer). ianya disiapkan dalam tempoh 1 hari.. cepat jugak dia buat kerja. Rak ni terletak di belakang rumah.. cuma ada 2 rak ajak sebab kawasan sempit. Jika susun beg secara 5 lapis rasanya muat dalam 300 lebih kot. Setakat ni baru masuk dalam 200 beg. Beg yang telah dihasilkan setakat ni ada dalam 800 lebih. Disebabkan aku ni masih bekerja jadi tak dapat nak buat banyak tambahan pula keja shift 12 jam.. balik keja dah tak larat. Cuma masa cuti rehat je masa yang ada. Sebelum rumah mini ni siap, beg hanya diperam diatas lantai didalam bilik suntik dan di ruang kosong di hadapan rumah.



Disebabkan ruang yang makin terhad maka rumah mini terpaksa dibina namun ianya tidak dapat menampung beg yang ada. Kena tambah rak lagi le rasanya.

Bermulanya Satu Usaha

Bermulanya Satu Usaha.

Sempena Hari Kemerdekaan yg ke 51 tahun iaitu 31.08.2008 bermulanya usaha bagi kami membuat beg media sendiri. Dengan berbekalkan pengetahuan dari kursus yang telah dihadiri disamping membuat sendiri carian maklumat di blog-blog rakan-rakan usahawan cendawan. Tarikh tersebut dipilih bukannya secara sengaja tapi cuma secara kebetulan, iaitu pada hari minggu jadi rakan kongsi iaitu Den (abang sendiri) bercuti. jadi bolehlah kami berdua sama-sama membuat beg media tersebut. Dan hasilnya 53 beg berjaya dibuat. Kebetulan pula masa nak kukus malam tu,esoknya 1 Ramadan. Semoga usaha kami diberkati di bulan Ramadan ni. Dalam tempoh seminggu sebelum tu aku bertungkus lumus mencari dimana untuk mencari habuk kayu, habuk padi dan tong dram. Nasib baik la ada kawan-kawan yang sudi memberi maklumat. Maka dapatlah juga aku mencari semua bahan-bahan tu. Tempat permulaan operasi pula hanya dibelakang rumah abang ku di Matang Jaya. Itu sebagai permulaan.

Sebenarnya alamat blog ni dah lama dibuat cuma takde masa nak siapkan isi kandungannya. Templatenya pun main copy je.. Maklum la takde internet sendiri. Cuma pakai yang free je.. tau-tau je la bila pakai yang free, tak cukup masa nak buat elok-elok. Tapi takpe aku buat ajelah apa yang termampu setakat ni. Maklum la masa ni aku sendiri masih bekerja. Kerja shift pula tu. 12 jam satu Shift. Jadi tak banyak masa terluang nak kemas kini blog ni. Masa yang teluang lebih banyak dihabiskan untuk cendawan. Baru nak mula le katakan.


Nama Cendawan Ladong dipilih sempena nama kampung halamanku iaitu Kampung Sungai Ladong yang terletak di Daerah Simunjan. Boleh juga aku promote kampung sendiri. Tambahan pula di situlah nanti rancangan untuk membuat rumah cendawan. Tapi untuk sementara waktu ni kami hanya bermula dibelakang rumah dengan membuat rumah mini. Sebagai permulaan untuk belajar menghasilkan cendawan sendiri. Bila dah terer sikit bolehlah buat besar sikit...(jangan heran tengok tarikh post ni sebab ianya dah lama dibuat tapi tak sempat post. Takde masa nak gi lepak kat kfc atau cafe-cafe yang ada wi fi free. Sebab tu aku tulis je dulu kemudian baru postkan).